Ramly Mokni nama yang tidak asing lagi dalam industri keusahawanan Malaysia terutamanya industri pemakanan.Anak kelahiran Tanjung Piandang Perak ini Bermula dengan gerai penjualan burger dan sekarang mengembangkan perniagaan tersebut dengan membuka kilang pemprosesan daging burger.Hanya bermula sebagai seorang pemotong daging di sebuah pasar raya pada sekitar tahun 1970-an yang diragui status halal haramnya.Bermula dari situ timbul kesedaran timbul kesedaran untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal dan boleh dinikmati oleh setiap umat islam tanpa ragu-ragu.Pada tahun 1980 beliau memulakan perniagaan bersama isteri Shala Siah Abdul Manap dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM2000 di Chow Kit.Pada ketika itu daging burger telah diproses secara manual menggunakan mesin pemprosesan daging manual yang dibeli menggunakan duit modal.Burger keluaran pertama mereka hanya dijual kepada rakan dan jiran di sekitar Kampung Baru menerusi gerai burger pertama di Jalan Haji Hussin,Chow Kit,Kuala Lumpur.Nama Ramly diperoleh secara tidak langsung apabila secara spontan beliau menjawab nama perniagaanya apabila ada seorang pelanggan bertanyakan jenama burgernya.
PERKEMBANGAN PERNIAGAAN
Semakin lama permintaan pelanggan untuk produk keluaranya semakin menngkat daripada 200 kepada 2000 keping daging burger sehari pada 1981.Kesan daripada itu beliau telah memutuskan untuk berpindah ke rumah kedai Lorong Haji Hussein.Pada ketika itu,beliau mendaftarkan perniagaan atas nama Perusahaan Burger Ramly Mokni Sdn Bhd.Pada peringkat permulaan pengeluaran daging lebih 10,000 keping daging dapat dihasilkan sehari menggunakan mesin yang lebih berteknologi.Pengeluaran daging kilang tersebut dapat dicapai sehingga 50,000 keping sehari.
Pada tahun 1984,kilang tersebut telah berpindah ke kawasan perindustrian yang lebih komersial iaitu di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak(Kuala Lumpur) yang berkeluasan 10,000 kaki persegi.Nama Ramly Food Processing Sdn Bhd telah diperkenalkan.
2015,segala aktiviti kilang telah dijalankan di kawasan yang terletak di Taman Perindustrian IKS Mukim Batu (Kuala Lumpur).Kilang tersebut telah beroperasi secara separa-auto dan operasi ini dijangka dibuat di Selangor Halal Hub,Pulau Indah pada 2015 dan dijangka dapat memenuhi pasaran Asean.
CABARAN DAN PENCAPAIAN
Bermula sebagai peniaga kecil di Jalan Chow Kit,hasil daripada sifat berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh yang ada dalam diri beliau,kini Syarikat perusahaan beliau telah berada pada satu tahap yang tinggi.
Sentiasa tabah dan terus berusaha tanpa mengenal erti berputus asa walaupon pernah satu ketika usaha beliau telah diperlekehkan oleh orang ramai.Pernah juga permohonan pinjaman beliau telah ditolak oleh pihak bank.
Ketika ini produk Ramly telah dipasarkan melalui 70 pemborong yang berdaftar di bawah anak syarikat Ramly Food Processing Sdn Bhd yang berperanan menawarkan perkhidmatan jualan,pemasaran,dan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan.Syarikat ini juga telah menjalankan R&D baru untuk mengkaji dan menjalankan inovasi baru.Dengan slogan "pastikan Ramly baru beli"prisip halal,bersih dan bermutu menjadi prinsip dalam syarikat beliau.
Antara produk keluaran Ramly Burger |
Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian berada di atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerjasama. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans @ lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.
ReplyDelete