Wednesday, March 11, 2015

Profil Usahawan Berjaya:

                            TAN SRI TONY FERNANDEZ:
Tan Sri Tony Fernandes



 LATAR BELAKANG: 
  • Anthony Francis Fernandes di lahirkan di Kuala Lumpur,Malaysia pada tanggal 30 April 1964.Permata kepada pasangan Dr Stephen Edward Fernandes dan Ena Dorothy Fernandes.Ketika zaman mudanya,dia sering mengikuti ibunya yang merupakan seorang peniaga ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware.Pada tahun 1987,dia telah mendapat ijazah daripada London School Of Economics dan telah memulakan pekerjaan pertama dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit.Seterusnya dari tahun 1987 hingga 1989 dia telah menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records sebuah syarikat Richard Branson di London.Pada umur 27 tahun dia telah kembali ke Malaysia dan menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music(Malaysia) Sdn Bhd.
  • Pada tahun 1992 sehingga 2001 dia telah menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music.Pada masa Time Warner Inc bergabung dengan America Online,dia telah keluar dari syarikat itu bagi mengejarkan impiannya menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah tetapi permohonan lesennya telah ditolak kerajaan Malaysia. 
  PERMULAAN PERNIAGAAN:

  •  Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Pahamin A Rajah.Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr.Mahathir pada Oktober 2001 yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri.AirAsia pada ketika itu menjadi sebuah anak syarikat DRB Hicom sebuah konglemerat kerajaan Malaysia disebabkan oleh tanggungan hutang yang terlalu tinggi.Atas nasihat daripada Dr Mahathir,dia telah membeli syarikat AirAsia pada masa itu dengan harga seringgit.Fernandez memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut yang pada masa itu hanya mempunyai 2 buah kapal terbang Boeing dan terpaksa menanggung hutang sebanyak RM40 juta.
  • Fernandez telah dianggap 'gila' pada masa itu kerana telah membeli AirAsia selepas peristiwa 11 September 2001.Ramai orang berpendapat tiada orang yang berani menggunakan kapal terbang pada masa itu.Syarikat AirAsia diramalkan akan muflis oleh kebanyakan orang,namun selepas setahun keseluruhan jumlah hutang mampu dijelaskan dan syarikat tersebut tidak lagi mengalami kerugian.Penyusunan semula organisasi dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh yang singkat.Tawaran sahamnya(IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130%.
  • Semenjak 11hb sewa kapal terbang telah turun sebanyak 40% dan ramai pekerja berpengalaman boleh didapati pada masa itu. Hal ini disebabkan pemberhentian kerja di perindustrian penerbangan.Oleh itu,dia merasakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuknya,Fernandes telah meniru sistem yang telah dilaksanakan oleh Ryanair sebuah syarikat penerbangan Ireland.
  PENCAPAIAN DAN ANUGERAH:

  •           Kejayaan terbesar beliau sudah semestinya dengan berjaya memulihkan syarikat AirAsia keluar daripada kerugian.Pertengahan tahun 2003 Fernandes berjaya untuk melakukan satu revolusi yang besar dalam indstri penerbangan di rantau ini.Melalui Dr Mahathir persetujuan langit terbuka telah berjaya dicapai di antara negara-negara asia tenggara seperti Thailand,Indonesia,dan Singapura. 
  • Antara kejayaan lain yang diperoleh adalah
  1. "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan"(Visionaries &Leardership Series)  oleh International Heraki Tribune,sebuah syarikat surat khabar di Amerika Syarikat.
  2. "Malaysian CEO of the Year 2003" yang dianugerahkan oleh American Express dan Buisness Times.
  3. Emerging Enterpreneur of the Year-Malaysia 2003 yang diterima pada tahun 2004.
  4. 25 Stars of Asia oleh Buisness Week pada tahun 2005.  
 Jika dilihat dari pada awal penglibatan Tan Sri Tony Fernandes bukannya teribat dalam industri penerbangan.Pada mulanya beliau hanya terlibat dalam industri muzik namun atas dasar kepercaan yang kuat dan bijak dalam mengintai peluang insan berani ini telah berjaya mengecapi keyaan atas hasil usaha beliau sendiri.Kini syarikat AirAsia telah menjadi salah satu syaikat tambang murah yang paling berjaya di dunia.Dengan hampir 400 penerbangan ke hampir 25 buah negara AirAsia kini telah mewujudkan satu revolusi yang besar dalam dunia penerbangan.http://www.airasia.com/my/ms/press-releases/airasia-receives-a320-family-best-operational-excellence-award-from-airbus.page

       
                 
                

No comments:

Post a Comment