Monday, December 28, 2015

Umur Bukan Halangan Dan Alasan

Pengasas Beras Faiza
Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. 
Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.
Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.

Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

Selang beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempahrempah beliau turut membeli beras daripadanya.

Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor.

Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.

Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. 

Puan Faiza menyarankan agar umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.

Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. 

Minat..kekuatan untuk berjaya.



Dato Mokhzani Tun Mahathir


Setiap usahawan yang ingin berjaya dalam sesuatu yang akan diusahakannya haruslah memiliki beberapa ciri yang akan membantu mereka mencapai matlamat yang diimpikan.Setiap usahawan atau ahli perniagaan hanya mengimpikan kejayaan yang berterusaan di samping memperoleh pendapatan daripada apa yang diusahakan.Terdapat banyak ciri dan sifat positif yang membantu usahawan sepanjang mereka membina karier mereka.Bagi individu yang memasang impian untuk bergelar status usahawan berjaya tetapi masih belum bersedia dan belum melengkapkan diri dengan sifat-sifat seorang usahawan bakal menemui kegagalan dalam penceritaan usahamereka.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya tidaklah susah tetapi jika mereka mengambil mudah mengenai disiplin mereka maka mereka akan susah untuk mengecapi kejayaan seperti usahawan-usahawan lain.
Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh seorang individu yang bergelar usahawan ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu. Rasa ingin tahu adalah sifat naluriah yang dimiliki manusia sejak lahir. Rasa ingin tahu juga merupakan salah satu mekanisme pertahanan hidup manusia. Dari rasa ini manusia memiliki kencenderungan untuk mengetahui hal yang belum diketahui sebelumnya.Tokoh usahawan yang menunjukkan sifat ingin tahu yang amat mendalam ialah  Tan Sri Mokhzani Mahathir. Tan Sri Mokhzani Mahathir , yang berusia 52 tahun warganegara Malaysia, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada 9 Disember 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum.
Tan Sri Mokhzani sudah mula menunjukkan minat terhadap bidang petroleum ini sejak dari kecil lagi.Semangat dan minat terhadap sektor ini ditunjukkan apabila beliau menyambung pembelajarannya dan berjaya menamatkan ijazahnya dalam Bachelor of Science in Petroleum Engineering di University of Tulsa, Oklahoma, U.S.A. Jadi melalui latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh tokoh usahawan ini, sudah jelas menunjukkan bahawa beliau mahir dan memiliki minat yang  mendalam dalam bidang petroleum.Rasaingin tahu terhadap alam petroleum ini menggerakkan tokoh ini suatu masa dahulu untuk mendapat pendidikan dalam bidang yang diminatinya itu.Tambahan pula Tan Sri Mokhzani mendapat sokongan penuh oleh seluruh ahli keluarganya.
Setelah Berjaya menamatkan pendidikannya,Tan Sri Mokhzani memulakan kariernya dalam bidang petroleum.Pengalaman yang diperoleh sepanjang kariernya dalam bidang petroleum ini memotivasikannya untuk menubuhkan sebuah syarikat dan bekerjasendiri.Sifat keusahawanan yang tertanam dalam diri beliau tertonjol apabila beliau  menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bernama Kencana Capital Sdn Bhd yang berniaga dalam bidang Oil and Gas service provider,IT,automotif dan hartanah.Syarikatnya bertambah maju dan sifat ingin tahu dalam dirinya membuatkan beliau merasakan beliau perlu membuatkan penyilidikan yang lebih jauh untuk mengembangkan perniagaan yang telah dipeloporinya.Beberapa langkah telah diambil beliau dalam memenuhi rasa ingin tahunya itu.Beliau bnyak belajar dari syarikat yang berada dalam aliran yang sama dengannya.
Tan Sri Mokhzani telah menemui beberapa tokoh yang terkenal salah seorang darinya ialah bapanya sendiri iaitu mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan beberapa info dan mengetahui apa langkah yang terbaik yang harus diambil beliau dalam mengecapi apa yang diimpikannya.Setelah selesai penyelidikannya,Tan Sri Mokhzani memutuskan syarikat miliknya Kencana Petroleum harus membuat pergabungan dengan syarikat lain demi mematangkan perniagaannya.Beliau memutuskan untuk bergabung dengan syarikat SapuraCrest pada tahun 2012 dan menghasilkan SapuraKencana iaitu sebuah syarikat Oil and Gas Service Provider terbesar di Malaysia.
Komitmen yang diberikan oleh Tan Sri Mokhzani dalam perniagaan ini lama kelamaan telah menaikkan statusnya dalam perkongsian ini.Beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah SapuraKencana Petroleum pada sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas dan Naib Pengerusi. Beliau juga telah dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Imbuhan SapuraKencana Petroleum. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan dan ahli Jawatankuasa Imbuhan Kencana Petroleum.Tan Sri Mokhzani memulakan kerjayanya pada tahun 1987 sebagai jurutera operasi wellsite dengan Sarawak Shell Berhad , bekerja luar pesisir Sarawak pada kapal penggerudi bantuan tender penggerudian. Beliau meletak jawatan pada tahun 1989 untuk mencari peluang perniagaan di Kuala Lumpur. Dengan melabur dalam Tongkah Holdings Berhad ( disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur ketika itu) , dia memulakan langkah baru dalam pembuatan komponen , sektor penjagaan kesihatan minyak dan gas , kewangan dan . Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pantai Holdings Berhad ( penjagaan kesihatan) dan Ketua Kumpulan Eksekutif Tongkah Holdings Berhad (minyak dan gas , kewangan ). Latihan penjualan pada tahun 2001 melihat dia melepaskan semua jawatan dan ekuiti dalam syarikat-syarikat ini . Dia mendirikan Kencana Capital Sdn Bhd (” Kencana Capital “) sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan pada tahun yang sama.
Kesimpulannya,dalam mencipta nama sebagai seorang usahawan yang Berjaya kita seharusnya memiliki sifat-sifat yang akan menjadi penggerak kepada diri untuk mencapai tahap itu.Sifat ingin tahu dan ingin mempelajari sesuatu yang baru amatlah penting dalam membawa seseorang usahawan itu dari tangga bawah hinggalah ke takuk yang palingtinggi.Salah satu kata-kata yang selalu menjadi pegangan kepada tokoh usahawan ini ialah ‘jika anda malas mengambil tahu,maka anda akan ketinggalan dan tidak akan pernah maju’.Tan Sri Mokhzani merupakan individu yang wajar dijadikan ikon oleh anak muda yang ingin memulakan perniagaan serta berazam untuk menjadi seorang usahawan yang mampu menempa nama di peringkat antarabangsa.

"Terlajak Laris" Tagline azimat..

Dato' Aliff Syukri Kamarzaman 
LATAR BELAKANG:
Susuk tubuh ini dilahirkan pada 3April 1987 di Felda Kechau Kuala Lipis. Pahang.Mendapat pendidikan awal di Sg Besar Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang.Selepas itu beliau belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Selepas itu, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan menyambung pelajaran ke Taylor Collage.

2.PENUBUHAN AWAL SYARIKAT
D'Herbs Holdings (M) (dahulu D'Herbs Healthy Marketing) mula diasaskan sekitar tahun 2010 dimana mereka hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini mereka langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 mereka telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D'Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia. 

3. WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT
Wawasan Syarikat:
Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.Rujukan
Misi Syarikat:
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs
Objektif Syarikat:
  1. Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
  2. Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
  3. Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
  4. Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
  5. Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
  6. Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
  7. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.

 Rahsia kejayan produk D'Herbs adalah terletak kepada cara pengiklanan produk mereka yang menarik selain Dato' Aliff sendiri yang menjadi tunjang belakang kepada iklan tersebut. Ianya terbukti menjadi satu fenomena kepada masyarakat sendiri dan sering menggunakan unsur-unsur jenaka dan dekat dengan masyrakat.

Contoh Iklan D'Herbs



Rujukan:
    


Saturday, March 14, 2015

Produk senduk kayu mengkudu dan sarang burung

Salah satu contoh  rumah burung yang diperbuat dari tempurung kelapa




Memiliki ciri-ciri ketahanan yang tinggi dan hasil kerja tangan yang halus

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk-produk di atas bolehlah menghubungi saya

      MOHD HALIF FARHAN B ABDULLAH
      0109184117
      BOLEH JUGA MENGHUBUNGI MELALUI WASSUP





Siapakah usahawan yang sebenarnya?

     Sebelum kita mengenal siapakah usahawan yang sebenar mari kita menjengah sebentar ke dalam minda keusahawanan.

     Minda masyarakat sering mengaitkan usahawan hanya sebagai seorang peniaga yang menjual barang-barang bagi memenuhi keperluan seharian mereka. Contohnya seperti bahan makanan da keperluan asa seharian dalam diri hidup mereka. Bagi mereka untuk menjadi seorang usahwan yang berjaya adalah amat sukar dan hanya nasib yang menjadi perjudian. Selain itu,mereka juga menganggap bahawa setiap usahwan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dan bukan lahir atas daya usaha mereka sendiri.

    Ini merupakan satu perkara yang salah kerana keusahawanan adalah lebih dari sekadar menyediakan perniagaan.

Usahawan adalah seseorang yang:

  1.      Bijak mencari Peluang
  2.      Berani mengambil risiko yang besar melebihi keselamatan.
  3.      Mempunyai kekuatan dan kecekalan dalam diri bagi mencapai kejayaan.   

       Ini merupakan usahawan yang sebenar. Dalam diri mereka tidak langsung hanya memikirkan tentang keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab yang tinggi dalam diri mereka mendorong seseorang individu yang bergelar usahawan untuk mencapai kejayaan dalam diri mereka.
keuntungan bukan semata-mata yang dicari oleh mereka yang bergelar usahawan


PEMBANGUNAN PERNIAGAAN




DANA PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN OLEH SME BANK

Jutawan muda Sani


     Datuk Wan Mohammad Sani Salleh telah dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai Kuala Terengganu,Terengganu.Beliau merupakan anak keempat daripada enam orang adik beradik dan merupakan pemegang diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway pada tahun 1994.Pada usia 33 tahun beliau mampu untuk memilii segalanya.Kereta Ferrari F360 Modena bernilai 1 juta,rumah banglo mewah bernlai RM9 juta dan segala-galanya yang beiau inginkan.

     Siapa yang tidak pernah melihat bas bewarna merah yang menyusuri laluan di sepanjang jalan dengan nama megah tertulis Sani Express.Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd ini telah menakluk seluruh laluan di Pantai Timur.Pernah menceburkan diri dalam kancah hiburan sebagai seorang model,penyanyi dan pelakon,beliau juga pernah menganggotai kumplan Impression bersama Norman Hakim dan Eizlan Yusuf.Namun beliau sedar itu bukan bidang yang sesuai untuk dirinya.Menjadikan rakan baiknya sendiri sebagai idola iaitu Dato Shariffudin.

     Dengan semangat dan tekad yang kuat untuk merubah kehidupan beliau telah membuka sendiri bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti di Kuala Lumpur dan Terengganu.

Selepas beberapa tahun beliau telah menceburkan diri dalam bidang yang baru iaitu pengangkutan.Bas yang telah menjadi minatnya sejak kecil telah diaplikasikan.Minatnya terhadap bas sangat ketara apabila sanggup untuk ke Kuala Lumpur dari Terengganu hanya untuk menaiki bas walaupun hanya mempunyai sehari cuti.

     Pada tahun 2003,beliau bersama 2 orang rakan kongsi yang lain telah menubuhkan Sani United Sdn Bhd.Tidak berapa lama selepas itu.kedua-dua rakan kongsinya telah menarik diri dari syarikat tersebut.Perkara ini memberikan kesan yang agak mendalam kepada beliau.Ini kerana setiap keputusanr yang dibuat terpaksa diteliti dan difikirkan secara mendalam.Jika sebelum ini,2 orang rakan kongsinya itulah yang menjadi tempat perbincangan,kini tinggal beliau keseorangan.

     Dengan hanya seorang pekerja yang tinggal beliau telah memikirkan strategi yang terbaik untuk menyelamatkan perniagaan beliau.Selepas tiga tahun,segala usaha dan penat lelah beliau telah menampakkan hasil.Dalam masa tiga tahun itu beliau terpaksa menanggung risiko yang besar apabila  kerana pinjaman yang dibuat dengan institusi kewangan.

PENCAPAIAN

Wisma Dato Sani di Klang Sentral
     Pada tahun 2006,Sani Express telah berjaya mencapai kegemilanganya.Dalam tempoh yang agak singkat iaitu tiga tahun Sani Express kini telah mempunyai seramai 150 orang kakitangan sendiri berbanding hanya seorang pekerja sebelum ini.Syarikat ini juga telah mempunyai wisma mereka sendiri yang terletak di Klang Sentral dengan kos bernilai hampir RM 7 Juta.Lebih membanggakan lagi wisma tersebut telah dinamakan Wisma Dato'Sani.Selain sebagai pusat operasi,wisma itu turut menyediakan kemudahan asrama,pusat latihan dan surau.Dato Sani juga telah menerima pelbagai anugerah antaranya ialah Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang(DIMP) oleh Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang ada Jun 2009.Pada tahun yang sama beliau telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melayu Malaysia(DPMM) Kuala Lumpur.
Bersama Ferrari F360 Modena bernilai RM 1 JUTA.